Kebanyakakan para ulamak menyatakan bahawa malam ke 27 merupakan malam Lailatul Qadr. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibnu Umar R.A. berkata, bahawa Baginda s.a.w bersabda:"Sesiapa yang mencari malam Lailatul Qadr, maka hendaklah mencarinya pada malam ke 27".Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi mengeluarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ubai Bin Kaab bahawa beliau berkata: "Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya ianya di dalam bulan Ramadhan, dan demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bilakah ianya berlaku. Ianya merupakan malam yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk menghidupkannya, ianya adalah malam ke 27, dan tandanya matahari akan keluar keesokkan harinya berwarna putih tidak bercahaya.
Fadhilat menghidupkan malam ini dengan penuh kesungguhan dan keimanan ialah diampunkan segala dosa yang terdahulu sehingga putih bersih persis bayi yang dilahirkan ibunya.
Kerana itulah kita disuruh memohon keampunan kepada Allah pada malam itu. Nilai keampunan Allah amatlah besar sehingga ianya mengatasi permintaan-permintaan lain.Ya Allah! engkau maha pengampun! Sukakan pengampunan, maka ampunlah kami!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan